dipetik dari http://buildingconservation.blogspot.com – sebahagian dari artikel: Kecacatan Bangunan dan Kepentingan Pemuliharaan Warisan di Bandaraya Ipoh
**********************
Sebagaimana yang kita semua maklum, negara Malaysia amat kaya dengan peninggalan bangunan warisan yang tidak ternilai harganya. Kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan di Malaysia adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat. Ini adalah kerana bangunan warisan memiliki elemen estetik dan reka bentuk seni bina yang menarik. Jesteru itu, usaha pemuliharaan adalah amat perlu dilakukan agar generasi yang akan datang berpeluang untuk melihat dan menikmatinya. Dalam usaha untuk memulihara bangunan warisan, Ahmad (2006) menegaskan bahawa segala usaha pemuliharaan bangunan warisan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa faktor seperti nilai sejarah, warisan, seni bina, usia, fungsi, bahan binaan dan penyelenggaraan serta sokongan daripada pelbagai pihak yang berkaitan. Terdapat beberapa pihak seperti (Ahmad, 2006; Keromo, 2006; Muda, 2006) telah mengeluarkan pendapat berhubung kepentingan pemuliharaan bangunan warisan dan antaranya adalah seperti berikut:
- Kepentingan sejarah yang terdapat pada sesebuah bangunan warisan dapat dijadikan sebagai bukti kukuh tentang sesuatu era atau peristiwa bersejarah.
- Kepentingan seni bina dilihat dapat dijadikan sebagai satu kayu ukuran bagi ketamadunan bangsa dengan merujuk kepada kehalusan seni pertukangan dan teknologi pembinaan pada masa dahulu.
- Kepentingan nostalgia dapat mengaitkan tentang sesuatu peristiwa penting yang pernah berlaku suatu masa dahulu terhadap individu tertentu dalam masyarakat.
- Kepentingan pelancongan yang mana ia dapat menarik minat ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk mengunjungi dan menghayati keunikan seni bina dan rupa bandar serta warisan budaya yang terdapat pada sesebuah kawasan.
- Kepentingan pendidikan di mana ia dapat memainkan peranan yang penting khususnya kepada para pelajar, pendidik dan pengkaji sejarah dalam usaha untuk menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan bangunan warisan.
- Kepentingan nasionalisme melalui pembentukan minda terhadap generasi muda dapat ditingkatkan kerana mereka akan lebih menghargai dan peka kepada perkembangan sejarah negara melalui pengamatan dan penghayatan terhadap peninggalan bangunan warisan.
- Kepentingan perancangan yang lebih teliti dan terancang dapat dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab melalui usaha pewartaan bangunan dan seterusnya berupaya menghalang dari sebarang kerja perobohan dan pengabaian.
- Kepentinggan ekonomi melalui penggunaan semula dan meningkatkan taraf sesebuah bangunan yang dirasakan dapat memanjangkan usia penggunaannya seterusnya memberikan pulangan ekonomi kepada negara.
- Kepentingan menyeimbangkan integrasi pembangunan dari aspek pulangan pendapatan jika dibandingkan antara pengekalan dengan pembinaan sebuah bangunan baru pada tapak bangunan lama sedia ada.
[…] Kepentingan Pemuliharaan Bangunan Warisan July 2009 3 […]
waO.. thnx fOr the InformatiOn.. gOod jOb…