Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar & Jalan Banggol, Kuala Terengganu
d/a Alam Akademik Sdn Bhd, No. 12 Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu Tel: 09-623-1110 Fax: 09-623-0111 Blog: http://alamakademik.wordpress.com/ – https://warisantrengganu.wordpress.com/*****************************************************************************************
4 Ogos, 2009
Ketua Editor/Pengarang
_________________________
_________________________
Tuan,
Per: Jemputan Sidang Media – Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol, Kuala Terengganu
Selepas menerima notis arahan pengosongan bangunan di Jalan Bandar dan Jalan Banggol, Kuala Terengganu, para peniaga telah menyatakan bantahan mereka terhadap arahan yang tidak munasabah tersebut. (baca: Para peniaga BANTAH notis atau http://alamakademik.wordpress.com/2009/07/21/para-peniaga-bantah-notis/).
Para peniaga menyeru agar pihak Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) memberi ruang untuk berunding dan berdialog berhubung arahan tersebut. (baca: Peniaga mahu dialog atau https://warisantrengganu.wordpress.com/2009/07/23/peniaga-mahu-dialog/) Mereka mahukan pihak LTAWNT menimbang beberapa aspek lanjutan dari arahan tersebut seperti masa yang terlalu suntuk untuk berpindah, tiada tempat alternatif yang disediakan serta menuntut beberapa janji yang dibuat oleh Kerajaan semasa mengambilalih pemilikan bangunan kedai masing-masing.
Rayuan demi rayuan telah dibuat kepada LTAWNT termasuk melalui sokongan pelbagai pihak namun sehingga kini LTAWNT masih tetap tidak mahu mendengar keluhan dan menimbang nasib para peniaga dan pekerja. (baca: Rayuan demi rayuan – http://akarimomar.wordpress.com/2009/07/30/rayuan-demi-rayuan/).
Terbaru, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) telah menyatakan kesediaan mereka untuk mendengar serta membela nasib para peniaga yang turut melibatkan lebih 200 orang pekerja yang bakal kehilangan mata pencarian mereka jika majikan mereka terpaksa berpindah dan menutup peniagaan mereka ketika Ramadhan menjelang tiba dan sambutan Aidul Fitri menyusul nanti.
Satu perjumpaan khas telah diaturkan oleh Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol pada hari Khamis 6 Ogos 2009 untuk sesi taklimat kepada MAMPAT serta mendengar keluhan para peniaga dan pekerja mereka.
Susulan dari perjumpaan itu, satu sidang media turut diaturkan seperti berikut:
Tarikh:
6hb Ogos 2009 (Khamis)
Masa:
11:00 pagi
Tempat:
Alam Akademik Sdn Bhd, 12 Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu
Sebagai koordinator Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol, saya menjemput tuan atau menghantar wakil untuk majlis tersebut. Kami mengalukan sangat kehadiran tuan.
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut tuan boleh menghubungi saya melalui alamat emel ini atau telefon 019-3199788.
Sekian, wassalam
A. Karim Omar Koordinator Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol, Kuala Terengganu
[…] koordinator Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol**, terasa juga semacam tidak adil kerana terlalu lama tidak bersama mereka berbincangan pelan […]
[…] koordinator Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol**, terasa juga semacam tidak adil kerana terlalu lama tidak bersama mereka berbincang dan merangka […]