dipetik dari http://buletinonline.net/ – by Wan Kay |
Sunday, 09 August 2009 02:59 |
KUALA TERENGGANU – Nasib lebih 200 pekerja mungkin bakal kehilangan pekerjaan masing-masing menjelang bulan Ramadan serta sambutan hari raya Idulfitri tahun ini. Ia adalah kerana sikap tidak cakna kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu
yang bercakap kosong membelakangi slogan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak, ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Seramai 35 pemilik perniagaan di Jalan Bandar, dekat sini, terpaksa menutup premis mereka apabila pihak Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) memerintahkan mereka berpindah pada 13 Ogos ini. Sehubungan itu, Badan Bertindak Peniaga terbabit mengadakan satu sesi dialog dengan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) bagi menghadapi notis singkat selama 30 hari yang telah dikeluarkan pada 13 Julai Seorang peniaga emas, Puan Som Ali, 56, mendakwa telah berniaga di bangunan milik Lembaga Tabung Warisan sejak lebih 17 tahun lalu. Katanya, notis singkat 30 hari bermula 13 Julai lalu yang dikeluarkan pihak LTAWNT itu tidak dipersetujui oleh semua para peniaga dan pakerjanya. “Notis 30 hari mana ada masa cukup untuk kami semua berpindah. Kerajaan negeri tidak sediakan premis lain sebagai ganti tempat ini,” ujarnya kepada Buletin Online Menurutnya, tindakan tersebut seolah-olah kerajaan menutup periuk nasi para peniaga dan pekerja Melayu. Puan Najah Yasin, 44, (Gambar kanan) juga sependapat memohon agar kerajaan negeri sedia memberikan tempat baru bagi menjalankan perniagaannya. Namun begitu, katanya kadar sewa bulanan premis baru tersebut biarlah berpatutan serta tidak membebankan peniaga Melayu. “Kami (peniaga) mohon sangat-sangat supaya kerajaan negeri buat pertimbangan semula dengan menyediakan tapak baru perniagaan. “Orang Melayu tidak mampu untuk sewa kedai yang mahal-mahal apatah lagi hendak membeli bangunan yang ditawarkan,” ujarnya. Katanya, tindakan tersebut jauh terpesong dari slogan yang mahu menolong rakyat terutama orang-orang Melayu. Seorang lagi peniaga emas, Puan Kasiah Che Mat, 40, pula diibaratkan nasibnya seperti pepatah Melayu ‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Ini kerana, kata beliau dalam suasana kesedihan menerima notis agar dikosongkan premis tersebut tiba-tiba berlaku rompakan ke atas perniagaannya di Jalan Banggol. “Baru semalam (5 Ogos) kedai saya di Jalan Banggol ini dirompak oleh penjenayah bersenjatakan pisau dan melarikan dua dulang emas bernilai RM250,000,” jelasnya. Menurutnya, jika kerajaan tidak menyediakan tempat ganti amat sukar bagi para peniaga mencari premis baru dengan harga berpatutan. Peniaga alat penyaman udara, Encik How Kok Kong, 65, (Gambar kiri) melahirkan rasa kesal dengan tindakan LTAWNT mengarahkan para peniaga berpindah segera. Sepatutnya, kata beliau pihak LTAWNT memberi notis awal bagi memberi kesempatan kepada para peniaga terbabit mencari tempat baru. “Keluarga saya telah lama berniaga di sini sejak lebih 40 tahun lalu dan banyak kenangan nostalgia yang mengusik jiwa. “Bagaimana dengan nasib pekerja saya yang bakal kehilangan mata pencarian menjelang bulan Ramadan dan hari raya puasa (idulfitri),” ujarnya. Menurutnya, sebaik sahaja menerima notis pindah serta arahan dikosongkan segera bangunan oleh LTAWNT terasa amat sedih kerana negeri bakal kehilangan nilai sejarah. Beliau sering kali menangis teringatkan nostalgia silam, nasib pekerja serta belum ada tempat baru untuk berpindah. Seorang warga emas, Chong Lai Lian, 65, mendakwa hilang selera makan serta bersedih sejak menerima notis pindah 15 Julai lalu. “Saya sangat sedih, menangis dan hilang selera makan bila teringatkan nasib kami semua kerana notis itu. “Jika boleh harap kerajaan buat pertimbangan semula dan beri tempoh awal hingga setahun untuk kami cari tempat baru,” ujarnya. Buletin Online dimaklumkan, lebih 35 peniaga di bangunan kedai berkenaan terpaksa memberhentikan khidmat pekerja masing-masing menjelang Ramadan dan Idulfitri tidak lama lagi. Bahkan, rayuan peniaga kepada LTAWNT ditolak meski pun disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Encik Toh Chin Yaw agar ditangguhkan setahun. Bangunan bersejarah yang berusia lebih 100 tahun itu bakal dirobohkan oleh kerajaan negeri bagi membina bangunan serta rumah kedai yang baru . |
200 Bakal Menganggur Menjelang Ramadhan
August 11, 2009 by akarimomar
saya tidak begitu faham kenapa satu bangunan ` warisan ‘ harus di robohkan sedaetik ngkan tema bandaraya kuala terengganu adalah bandaraya warisan tepian air…dengan perobohan rumah kedai tersebut..sudah pasti ciri-ciri warisan akan hilang….di tempat lain, bangunan warisan adalah satu karekter unik yg dipelihara dan dipertingkatkan lagi nilai estetik melalui cat semula, kawalan dari segi warna, bagi insetif kpd pemilik untuk perindahkan tanpa merosak ciri2 warisan,dan lain2….ini pandangan saya dari aspek warisan.malah bagi saya that part of town is the real pusat bandar…termasuk dgn pasar…harap pihak kerajaan negeri memberi pertimbangan yg sewajarnya dalam hal ini
Saya faham sebab berjuta dana nak dibelanjakan dan bahagian masing-masing dah tahu. Jadi perlu roboh yang lama untuk dapat untung yang baru dari kos projek. Ini bukan pasal nak tolong rakyat. kalau nak tolong pergilah buat kerja lain, jangan ganggu orang nak cari makan.
Kita diperintah oleh orang yang tidak takut pada tuhan…….
[…] Dalam mengejar pembangunan lalu menghambat para penduduk sekitar Ladang Tok Pelam dan yang berdekatan, apa jadi dengan pembangunan tersebut selepas setahun dipaksa pindah ketika mereka sedang dalam bulan Ramadan dan bersedia untuk menyambut Eidul Fitri (mengingatkan kembali peristiwa 2009). […]
[…] Dalam mengejar pembangunan lalu menghambat para penduduk sekitar Ladang Tok Pelam dan yang berdekatan, apa jadi dengan pembangunan tersebut selepas setahun dipaksa pindah ketika mereka sedang dalam bulan Ramadan dan bersedia untuk menyambut Eidul Fitri (mengingatkan kembali peristiwa 2009). […]
[…] Dalam mengejar pembangunan lalu menghambat para penduduk sekitar Ladang Tok Pelam dan yang berdekatan, apa jadi dengan pembangunan tersebut selepas setahun dipaksa pindah ketika mereka sedang dalam bulan Ramadan dan bersedia untuk menyambut Eidul Fitri (mengingatkan kembali peristiwa 2009). […]