Dengan Ramadan yang hampir tiba ke 10 hari terakhirnya, Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol menyeru kepada para peniaga, pekerja yang terlibat dan para pencinta warisan Terengganu (para pencinta warisan budaya seluruhnya) sama-sama mengangkat munajat memohon Allah Azzawajalla agar keputusan Kerajaan Negeri Terengganu untuk menghalau para peniaga dari tapak perniagaan mereka di bangunan yang bersejarah itu ditangguh (dan semoga ianya terus dibatalkan).
Sambil mengangkat syukur ke hadrat Illahi kerana telah melembutkan hati mereka yang mentadbir bangunan warisan tersebut untuk bersetuju menangguhkan arahan mereka untuk menghalau para peniaga dari premis masing sebelum Ramadan dengan notis yang amat singkat, kami turut mahukan para pentadbir dan pembuat keputusan bangunan warisan ini menarik balik keputusan mereka untuk merobohkan deretan bangunan yang penuh bersejarah itu.
Banyak lagi caranya untuk membangunkan pusat bandar Kuala Terengganu sambil mengekalkan tapak-tapak yang bersejarah di bandar yang penuh warisan itu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem … Kau lembutkan hati mereka yang telah diamanahkan untuk menjaga warisan bumi Darul Iman ini agar tidak meneruskan hasrat dan perancangan mereka untuk merosakkan warisan tinggalan yang ada. Ameen Ya Rabbi.
[…] dari: https://warisantrengganu.wordpress.com […]
[…] Ada yang menelefon di awal Ramadan lalu, saya nasihatkan kepada mereka agar kita banyak berdoa di bulan Ramadan yang mulia ini. Dan saya seru kepada para peniaga agar banyak bersabar, teruskan perniagaan sempena musim perayaan ini dan gandakan ibadat terutamanya di akhir-akhir Ramadan ini. Dan kita panjatkan doa supaya Allah izinkan mereka terus diberi peluang untuk berniaga sehingga suatu tempoh …. […]