Sepertimana telah saya katakan sebelum ini bahawa deretan bangunan bersejarah warisan Terengganu yang MB Datuk Ahmad Said kata perlu dirobohkan kerana usang, MB wajar berjalan dan perhatikan banyak tempat lain di bandaraya Kuala Terengganu untuk mengenalpasti mana yang sebenarnya usang.
Gambar sebelah ini adalah salah satu deretan kedai yang lebih “usang” dari yang hendak dirobohkan. Tidak tahulah hendak dikatakan kalau ini tidak dikategorikan “usang” oleh MB berbanding dengan yang hendak dirobohkan.
Malah banyak lagi kedai-kedai seperti ini di Kg. China yang lebih buruk dan merosakkan pandangan dari bangunan binaan batu yang bersejarah dan masih tegap tidak dimakan usia di Jalan Bandar.
Yang ini pula hanya struktur kayu dan beratap zink sahaja. Zink pun sudah bertampal-tampal. Sebahagian diding kayu pun sudah dimakan usia – jauh sekali dengan bangunan batu yang hendak diroboh kerajaan. Amat buruk dan hodoh sekali permandangannya. Ianya terletak betul-betul selepas jambatan kecil di jalan yang sempit di Kg. China.
Kalaupun perbelanjaan besar telah dihabiskan untuk mencantikkan jalan di sepanjang Kg. China, bangunan “usang” tetap “usang” (saya sendiri sudah jadi terkeliru apa sebenarnya yang MB maksudkan usang).
Bangunan penuh dengan tampalan zink seperti ini menjadi hidangan sajian mata para pelancong sebagai warisan sejarah walhal yang tegap lagi dijaga baik hendak dirobohkan. Kedai ini hanya selang beberapa buah sahaja dari yang di atas tadi. Kalau ini tidak jelas mungkin mereka yang diamanahkan menjaga warisan sejarah tidak wajar lagi memegang jawatan seperti itu. (teringat akan hadith Nabi s.a.w. bahawa di akhir zaman amanah itu menjadi rebutan)
Tenguklah lagi bangunan yang di sebelah kiri jalan ini pula. Malah sepanjang jalan sempit itu, di kiri dan kanan terdapat banyak bangunan yang tidak wajar dikenangkan sebagai warisan sejarah atau pun dikekalkan kerana terlalu uzur dan merosakkan permandangan.
Tidak mungkin seseorang yang hatinya dan kerjanya amanah terlepas pandang untuk membezakan mana struktur batu yang tegap berbanding yang kayu berdinding dengan tampalan zink yang hodoh lagi menyakitkan mata.
Bagaimana pula dengan bangunan struktur batu di deretan kedai jalan Kg. China? Walaupun ada yang bangunan batu, namun ianya mungkin lebih bertepatan dengan maksud yang MB katakan sebagai “usang”. Lihat sahaja rekahan pada bangunan. Lihat juga tumbuhan bangunan yang langsung tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. [dilapidated? … (decayed, deteriorated, or fallen into partial ruin especially through neglect or misuse)]
Saya bimbang apakah mungkin MB mendapat maklumat yang salah. Beliau yang sehingga kini masih belum turun menjenguk para peniaga yang merayu agar notis untuk menghalau mereka keluar dari premis perniagaan mereka di Jalan Bandar ditangguhkan selalu menyebut premis perniagaan itu sebagai “usang”. Apakah para pegawainya menunjukkan gambar-gambar seperti ini sebagai alasan mereka? Maka salahlah MB kerana mendapat maklumat yang tidak betul.
Memetik kata-kata Cikgu Fauzi Abu Samah (Presiden MAMPAT), “jika MB dengan slogan turun bersama rakyat dengan memasang atap di rumah kampung, apalah salahnya MB turun juga datang mendengar rintihan para peniaga yang memohon agar diberikan tempoh sewajarnya untuk berpindah.” [https://warisantrengganu.wordpress.com/2009/08/14/bantahan-aman-13-ogos-2009/]
Kalaulah gambar-gambar ini tidak cukup untuk membandingkan mana yang masih cantik dan tegap walaupun sudah seratus tahun dan mana yang dikatakan uzur dan merosakkan permandangan maka apakah wajar mereka ini untuk membuat pelbagai keputusan lain yang lebih penting pada jawatan yang mereka diamanahkan sekarang?
[…] But we were unable to stop the ultimate demolition by the hooligans who things development must destroy strongly built structure and replace with sans historical values. Never had they learn the many “monetary motivated” projects that had collapsed or poorly built (especially in Terengganu). All their justifications to demolish the area does not stand at all. (read more: here) […]
[…] But we were unable to stop the ultimate demolition by the hooligans who things development must destroy strongly built structure and replace with sans historical values. Never had they learn the many “monetary motivated” projects that had collapsed or poorly built (especially in Terengganu). All their justifications to demolish the area does not stand at all. (read more: here) […]
[…] Mungkin Ini Yang MB Maksudkan Usang? September 2009 2 comments […]
[…] seolah-olah hilang fokus. Yang perlu dibaiki kerana usang dibiarkan mencenar permandangan. Yang bersejarah dan dijaga keindahannya dikatakan usang (dan […]
[…] seolah-olah hilang fokus. Yang perlu dibaiki kerana usang dibiarkan mencemar permandangan. Yang bersejarah dan dijaga keindahannya dikatakan usang (dan […]
[…] seolah-olah hilang fokus. Yang perlu dibaiki kerana usang dibiarkan mencemar permandangan. Yang bersejarah dan dijaga keindahannya dikatakan usang (dan […]