Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia 19hb Januari 2010, nampaknya MB Dato Ahmad Said masih tidak faham-faham atau sengaja tidak mahu faham untuk maksud mencapai tujuan tertentu.
Utusan melaporkan berikut (komen dengan warna biru):
Kedai 100 tahun Jalan Bandar diroboh
![]() |
Deretan kedai lama dua tingkat di Jalan Bandar, Kuala Terengganu yang berusia 100 tahun mula dirobohkan, kelmarin.
|
KUALA TERENGGANU 18 Jan. – Kini semuanya hanya tinggal kenangan.
Begitulah nasib yang menimpa deretan kedai lama dua tingkat di Jalan Bandar di sini.
Kedai-kedai yang berusia lebih 100 tahun itu akhirnya hilang daripada pandangan apabila ia mula dirobohkan beberapa hari lalu. [sila baca komen Awang Goneng di sini: Earth-Trembling Barbarism]
Rumah kedai yang sinonim dengan kegiatan perniagaan satu masa dahulu itu diroboh bagi memberi laluan kepada pembangunan semula bangunan perniagaan dan pejabat yang lebih sempurna. [sila baca: Diganti Tanpa Nilai Budaya dan Sejarah]
Kesemua peniaga diarah mengosongkan bangunan tersebut oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) pada 13 Ogos lalu.[sila baca: ]
Difahamkan 35 kedai di bangunan dua tingkat itu dirobohkan walaupun mendapat bantahan ramai peniaga di kawasan tersebut.[sila baca: Bantahan Aman 13 Ogos 2009]
Dakwa mereka, bangunan tersebut seharusnya dipelihara memandangkan ia menyimpan nilai-nilai sejarah seiring pembangunan Kuala Terengganu. [sila baca: Say “NO” to the plan to demolish a heritage row in Kuala Terengganu]
Bagaimanapun, mereka terpaksa akur apabila bermula minggu lalu operasi meroboh bangunan tersebut mula dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan. [sila baca: GONE!]
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dalam kenyataan akhbar sebelum ini berkata, tindakan meroboh bangunan tersebut penting agar bangunan usang dan uzur tidak lagi mengisi pemandangan di Kuala Terengganu. [USANG? Baca ini: MB Kata Usang! – UZUR? – suruh MB lihat deretan kedai di Kg. China yang dikekalkan – jauh lebih uzur – baca ini: Mungkin Ini Yang MB Maksudkan Usang?]
Katanya, tidak timbul kerajaan negeri mengabaikan kepentingan peniaga asal di kedai tersebut dengan meroboh bangunan berkenaan.
“Kita telah memberi notis yang secukupnya kepada peniaga tersebut, maka tidak timbul soal kerajaan tidak realistik dalam arahan mengosongkan kawasan itu dalam masa yang telah ditetapkan,” katanya. [MB mudah lupa: Pindah 30 hari tidak realistik atau dia tidak reti baca surat ini: Rayuan Kepada Menteri Besar]
MB memang tidak faham dan keliru dengan bantahan – MB Tidak Berapa Faham Dengan Isu Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol
Apakah MB sekadar melaksanakan janji-janji yang telah diberikan mereka kepada pemilik projek untuk janji pemilik projek untuk mereka pula? Kenapa tergesa-gesa? Kenapa tidak mendapat pandangan orang ramai – kerana suara bantahan telah pun dihebah.
Keperluan memulihara warisan sejarah dan budaya negeri amat perlu. Bukannya semua tanah di bandaraya Kuala Terengganu telah dibangunkan – banyak lagi tanah yang terbiar – kenapa hendak dirobohkan bangunan bersejarah yang kukuh dan kekal tegap walaupun sudah 100 tahun. (Jauh bezanya dengan pelbagai bangunan baru yang runtuh satu demi satu!)
Di mana perginya Persatuan Sejarah?
Di mana pihak Muzium Negeri?
Apa jadi dengan Lembaga Tabung Warisan Amanah Terengganu – yang bukan menjaga warisan tetapi meruntuhkan bangunan warisan bersejarah.
Mana pergi slogan kerajaan “Terengganu – Where Nature Embraces Heritage” apakah sudah bertukar menjadi “Terengganu Government Embarrasses Nature and Heritage“ ??? Malu … amat memalukan.
[…] MB Masih Tidak Faham-faham […]
[…] The busiest day of the year was January 20th with 345 views. The most popular post that day was MB Masih Tidak Faham-faham. […]
Aslkum,saya dilahirkan 51 tahun yang lalu terengganu,kalau nak dikatakan saya tak sayangkan tanah tumpah darah saya mungkin tidak walaupun saya sudah tinggalkan negeri terengganu,apa yang saya masih ingat sebuah jam besar sebelah pasar payang sudah tiada,bangunan pejabat dihadapan stadium sultan ismail pun sudah tiada,rumah2 kedai dari station teksi sehingga ke jalan kg cina terus kepasar mungkin sekarang sudah tiada,pada saya setiap bangunan yang berusia lebih 100 tahun tidak seharusnya dirobohkan,saya harap kerajaan terengganu janganlah roboh mana2 bangunan yang berusia ratusan tahun,saya harap pihak kerajaan hantarlah kakitangan unit perumahan ke luar negara,ikutlah contoh negara barat setiap bangunan yang ada nilai sejarah akan dikekalkan dan dibaikpulih,Kemajuan tidak semestinya dengan bangunan baru setinggi langit,saya masih ingat era 60an bapa saya bawa naik kereta api dari Dungun ke Bt besi,kalau tak silap sekarang dah tak ada,seharusnya laluan landasa kereta api dikekalkan,jika sejarah terengganu tidak dijaga tak mungkin satu hari anak2 cucu kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dinegeri sendiri,dalam hal ini MB seharusnya mainkan peranan,soal kajiselidik dengan tokoh2 sejarah atau orang2 lama yang masih ada diKemaman,Dungun Jerteh atau k Brang juga k Terengganu.masih ramai lagi orang2 lama yang tahu sejarah negeri terengganu. MB jangan lupa sejarah.
MB,bukan tak faham ,cuma tak tahu.
sekarang timbul pula pihak yang hendak mengubah sejarah yang tertulis. tapi menteri sudah pun merobah sejarah bangunan bangunan yang nostalgia; jam besar, bangunan kedai ditapak pakir kereta pasar payang, kedai-kedai di tapak padang shah bandar, perkampungan ladang, bangunan kedai hadapan pasar payang, satu satu nya perkampungan lama yang dikekalkan di jalan bandar (kampung cina). mengapa pihak kerajaan tidak buat kajian dalam negeri sahaja kalau tidak mahu buat kajian di luar negara. ambil sahaja contoh di bandar ipoh: mereka ada bandar lama (asal bandar Ipoh) dan untuk pembangunan moden mereka membangunkan bandar baharu. bandar lama masih beroperasi dengan berbagai kegiatan ekonomi tidak pun dirobohkan untuk menuju ke status Bandaraya Ipoh.
Apa yang sebahgian rakyat negeri terengganu dapat dengan pembangunan yang tiada mendatangkan hasil untuk rakyat golongan bawahan,apakah dengan bangunan2 pencakar langit rakyat terengganu boleh dikatakan sudah maju,hidup dalam kemewahan.pada pandangan saya kuasa membeli rakyat terengganu jauh lebih rendah daripada rakyat negeri kelantan maka disini negeri kelantan jauh lebih maju dari terengganu,andai kata negeri kelantan ada hasil minyak dan gas didasar laut,saya pasti kelantan lebih maju dari terengganu.disini kerajaan terengganu seharusnya lebih pandai cari atau mainkan peranan untuk majukan negeri terengganu dengan kekalkan bangunan2 lama,ini adalah satu tarikan pelancong luar negara,para pelancong luar datang kemalaysia bukan ingin lihat bangunan2 pencakar langit,itu sudah biasa pada para pelancong luar,maka janganlah kita terlalu cepat dalam arus pembangunan kerana kita akan terlepas pandang sesuatu yang amat berharga.
maksud MB usang,itu duit lama,maka kena cari duit barulah tu,jangan terkejut kerajaan terengganu banyak belanjakan duit hasil minyak, buat stadium baru,runtuh,buat kolam renang bocor,kenapa? itulah tanda2 duit yang dikeluarkan untuk bina sesuatu kosnya tak seberapa,tapi bila tenderkan harga kos jauh lebih tinggi.kemana keluarnya duitnya??
harap maaf jika saya katakan era kini, peratus melayu yang tinggal dibetul2 dipusat bandar tidak sampai 10% tidak spt era 80an dan 90an, dimanakah melayu2 itu tinggal sekarang…
Saudara man, kerana 10% yang tinggallah kita harus kekalkan dan mungkin perlu ditambah kaum melayu dipusat bandar agar bangsa melayu dapat memajukan sumba ekonomi bagi para perniaga2 kaum bumiputra negeri terengganu,mari kita lihat negeri2 lain kerana ketiadaan bangsa melayu yang bertapak dipusat2 bandar taraf para perniaga2 bumiputra amat jauh ketinggalan,kerana kebanyakan para penguna semua tertumpu kepusat bandar,saya harap pihak kerajaan terengganu janganlah terlalu pentingkan kecantikan bandar sahaja,ambil kira juga kemudahan untuk rakyat yang tiada kemampuan,
[…] bangunan sejarah (hingga tercetusnya blog ini: https://warisantrengganu.wordpress.com/) tidak diendah dan dilayan oleh mereka yang duduk di kerusi empuk. Mereka yang hanya bersenang di bilik berhawa dingin tidak […]
[…] bangunan sejarah (hingga tercetusnya blog ini:https://warisantrengganu.wordpress.com/) tidak diendah dan dilayan olehmereka yang duduk di kerusi empuk. Mereka yang hanya bersenang di bilik berhawa dingin tidak […]
[…] bangunan sejarah (hingga tercetusnya blog ini:https://warisantrengganu.wordpress.com/) tidak diendah dan dilayan olehmereka yang duduk di kerusi empuk. Mereka yang hanya bersenang di bilik berhawa dingin tidak […]
Semua org terengganu mesti bersatu x kira daerah KTgnu ke, dungun, marang. Klo setakat org KT aje membantah x jd apa. Org kijal pon kena sokong. Syg la warisan melayu trgnu. Apa lagi yg boleh dibanggakn klo pasar payang leyap, pasar payang la lambang ekonomi org melayu terengganu. Mcm klcc, ramai ke org melayu berniaga di sana?
yang pasti kedua-dua MB Trg yg merosakkan warisan Pasar Payang adalah dari Kemaman, runtuhnya menara jam besar semasa era Wan Mokhtar, runtuh kedai jalan bandar masa Mohd Said, dua-dua dari Kemaman, mereka tia rasa sentimental value dgn Bandar Kuala Terengganu….dan membiarkan warisan di Bandar Kuala Terengganu di perkosa sewenang-wenangnya, sepatutnya kita tak biarkan samseng kerang kepala menerajui Terengganu.