sumber: http://www.dppkk.org/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=1141
Pada 9.4.2010, setelah selesai solat Jumaat, ratusan para jemaah telah berkumpul di hadapan Masjid Pasir Minal dan berdemontrasi secara aman bagi menunjukkan reaksi bantahan diatas hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang ingin merobohkan Masjid Pasir Minal. Manakala pada sebelah malam pula diadakan solat hajat dan Forum Perdana berhubung isu merampas dan merobohkan Masjid Pasir Minal.
Pada 24.3.2010, semasa pertemuan di atara pemilik tanah Lot GM532 dan Pegawai Tanah Pejabat Daerah, pemilik tanah telah dikejutkan oleh kenyataan Pegawai Tanah bahawa Masjid Pasir Minal akan dibayar sebanyak RM1.35 Juta atas maksud untuk merobohkan Masjid tersebut untuk diganti dengan masjid baru di atas Lot yang sama.
Sebelum itu, seramai 13 orang pemilik tanah Lot GM531 dan Lot GM532 telah menerima notis siasatan Pengambilan Tanah supaya hadir ke Pejabat Tanah Kemaman pada 24.2.2010 bagi membicarakan tuntutan pampasan keatas tanah yang ingin diambil. Namun begitu tiada makluman akan hasrat untuk merobohkan Masjid Pasir Minal dalam pertemuan pertama itu.
Kehadiran jemaah yang melimpahi masjid hingga ke bahu jalan menuntut Masjid Pasir Minal itu dibesarkan. Maka bermula pada penghujung 2005 masjid itu mula melalui proses pembesaran. Hari ini pembesaran masjid itu memasuki fasa ke-3 iaitu menyiapkan anjung hadapan dan kiri masjid. Sehingga kini kos pembinaannya telah mencecah RM1.2 Juta, yang mana seratus peratus didermakan oleh orang perseorangan, peniaga-peniaga, ahli korperat dan syarikat swasta. Manakala sumbangan daripada kerajaan tempatan dan negeri tidak pernah diterima walaupun permohonan dibuat beberapa kali.
Persoalan yang timbul ialah kenapa Kerajaan Negeri yang didalangi oleh juak-juak UMNO ini tiba-tiba sahaja berminat hendak ‘membantu’ Qariah Pasir Minal dan tindakan ‘membantu’ itu kelihatan cukup pelik sekali, mungkin lebih pelik daripada cerita-cerita pelik……masjid yang hampir siap sepenuhnya, dibina dengan lebih cantik dan lebih kukuh (berbanding dengan sesetengah bangunan yang dibina oleh ‘OKU’-Orang Kuat Umno) dan dibina melalui sedekah jariah orang ramai tiba-tiba hendak dirobohkan tanpa alasan yang munasabah, kemudian masjid baru pula hendak dibina diatas Lot yang sama. Apakah ini tindakan waras, datang daripada manusia yang dikatakan beriman?
Sehubungan dengan itu, selain menghantar surat bantahan kepada pihak-pihak tertentu, Jawatankuasa Masjid Pasir Minal mengambil ketetapan, kepada seluruh pencinta Islam, samada di dalam atau di luar Qariah Pasir Minal, wajib menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 setiap keluarga sebagai menyatakan bantahan kita terhadap pencerobohan tidak bersebab ke atas rumah ALLAH itu. Hasil daripada kutipan ini akan digunakan untuk meneruskan pembesaran fasa ke-3 sehingga siap sepenuhnya.
Maka marilah sama-sama kita menghulurkan derma kepada masjid Pasir Minal ini. Apalah sangat nilai RM100 itu jika dibandingkan dengan janji Allah melalui hadis sahih Bukhari “ Sesiapa yang mendirikan rumah Allah ‘masjid’ akan baginya sebuah mahligai di dalam syurga”. Namun begitu yang terlebih penting ialah kita menunjukkan sikap tidak setuju kita diatas tindakan zalim UMNO ini. Moga-moga sumbangan ikhlas kita itu menjadi jawapan terhadap persoalan KeIMANan yang akan diajukan kepada kita berhubung dengan perobohan ini sewaktu kita berhadapan dengan Rabbuljalil.
Tuan-tuan boleh menyampaikan sumbangan tersebut terus kepada :
Pandangan dalam (mimbar)
Pandangan sisi dalam
Pandangan Hadapan
Pembinaan masjid baru merupakan sumber utama pemimpin politik negeri. misalnya masjid pak sabah dungun, bahagian ufti ketua bahagian umno dungun menyebabkan kontarktor rugi besar. kumpulan ahmad said tidak ada beza dengan kumpulan ideris jusoh, tetapi bayangkan pasal bina masjid pun tidak silu sebat duit. masjid biru di sura jeti dungun juga begitu, imamnya lulusan darjah 6, bacaan pelat tetapi dianggap ulama oleh orang umno. begitu berkuasa hingga warnanya dibirukan atas permintaan imam biru. masjid raja pasir panjang dirobohkan kerana jkkk umno minta roboh. kenapa? bila ada masjid baru ada bagian jkkkk.
sungguh akan dilaknat jkkk dan pimpinan umno yang tidak takut langsung kepada alllah swt.
Ini susah saya nak cakap,jika ada bukti kenapa tiada orang tampil kedepan majukan masalahnya,apakah yang berlaku sedemikian rupa.jika projek bina masjid pun harapkan duit..bawah meja…..kita akan dapat lihat habuan yang orang seperti itu dapat,cuma masa dan waktu sahaja belum sampai?
Saya tidak terkejut dengan apa yang MB terengganu cakapkan tempoh hari,kerajaan terengganu tetap dirikan bangunan 30 tingkap,yang tak pasti MB cakap perluan perkerjaan untuk rakyat terengganu ada kekosongan 80 ribu orang,disini saya agak hairan juga apakah jawatan yang ada ? pada pandangan saya jika negeri terengganu tiada sebuah pelabuhan yang besar,maka agak susah para pelabur akan masuk keterengganu,jika dengan jalan raya kos agak tinggi,jika sebuah kilang untuk membuat sesuatu produk ianya amat merugikan kerana kos jalanan 2 kail.ada baiknya kerajaan terengganu perbesarkan pelabuhan agar rakyat terengganu ada kerja.apa guna kita ada sebuah bangunan pencakar langit,jika rakyat terengganu hanya kenyang dimata,hakikatnya rakyat masih lapar.jika untuk tarikan untuk para pelancong luar negara,pada pandangan saya pelancong luar sudah biasa dengan hutan batu,malah negara luar lebih hebat maka janganlah kita terlalu ikut2kan orang,kekalkanlah dengan apa yang negeri terengganu ada jejaklah warisan kita masih banyak sejarah lama terengganu yang blelum terukai,.untuk MB janganlah nanti,orang pulang paku,buah keras,dulu kata (B) MB Idis jusoh hari ini MB Md Said ambil tempat.
selamat maju jaya rakyat terengganu