Penduduk kecewa Masjid Raja Bukit Besar sudah dua kali tertangguh
KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Terbengkalai lagi. Harapan penduduk Kampung Bukit Besar, di sini untuk menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Raja Bukit Besar tidak kesampaian apabila projek RM7.1 juta gagal disiapkan walaupun sudah dua kali dilanjutkan.
Kegagalan kontraktor menyiapkan projek pembinaan yang dimulakan pada 21 Januari 2008, menggusarkan lebih 3,000 penduduk daripada beberapa kampung dan harapan mereka untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid baru tidak kesampaian.
Bagaimanapun, kontraktor terbabit masih gagal melaksanakan tanggungjawab dan tarikh penyiapan projek kali kedua dilanjutkan sehingga 22 Jun lalu.
Projek pembinaan Masjid Raja Bukit Besar yang terbengkalai itu pernah dibangkitkan wakil rakyat PAS, Mohd Abdul Wahid Endut pada persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) awal bulan ini, tetapi tidak dijawab wakil kerajaan.
Walaupun masjid sementara dibina berhampiran kawasan projek, ia tidak mampu untuk menampung jumlah jemaah untuk bersolat tarawih dan solat Jumaat.
Kedudukan masjid yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari jalan utama dan kemudahan tempat letak kereta yang luas disediakan menyebabkan masjid itu menjadi tumpuan penduduk untuk menunaikan solat.
Kegagalan kontraktor menyiapkan pembinaan masjid baru menyebabkan segelintir ahli kariah terutama penyokong parti pembangkang menuding jari menyalahkan kerajaan kerana sebelum ini mereka pernah berhimpun dan memasang kain sepanduk membantah kerja pembinaan masjid baru.
Beberapa jawatankuasa masjid Raja Bukit Besar ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, sebaliknya mereka serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan negeri, termasuk melantik segera kontraktor baru untuk melaksanakan projek.
“Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) serta JKR Daerah Kuala Terengganu dan mereka mengesahkan kontraktor baru akan dilantik meneruskan kerja.
“Walaupun sebahagian ahli kariah kecewa kerana impian untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid baru tidak kesampaian, kami serahkan atas kebijaksanaan kerajaan untuk menyelesaikan isu itu, tetapi kami berharap agar masjid itu dapat digunakan sepenuhnya Aidilfitri tahun depan,” kata jawatankuasa yang enggan dikenali.
Tinjauan Edisi Timur mendapati kawasan rumah kongsi di tapak masjid itu dipenuhi sampah-sarap termasuk tin kosong dan jika dibiarkan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Berdasarkan keadaan bangunan masjid itu, difahamkan kontraktor sudah melaksanakan kerja pembinaan kira-kira 50 peratus.
Sementara itu, jurucakap JKR daerah Kuala Terengganu ketika dihubungi berkata, kontraktor terbabit menghantar surat pengakuan tidak mampu untuk meneruskan pelaksanaan projek itu kepada kerajaan untuk tindakan seterusnya.
“Kita panjangkan surat daripada kontraktor itu kepada Pejabat Kewangan Negeri selaku pihak berkuasa dan kita sedang menunggu keputusan selanjutnya.
“Setakat ini kita belum membuat keputusan bentuk tindakan terhadap kontraktor itu termasuk berkemungkinan syarikatnya disenarai hitam kerana kajian secara terperinci perlu dilakukan,” katanya yang mengesahkan beberapa kelonggaran diberikan kerajaan berikutan kelembapan ekonomi.
Oleh Baharom Bakar – bhkt@bharian.com.my
****
Laporan lain:
- Pedulikah kita apabila masjid bakal dirobohkan?
- Masjid Raja Bukit Besar Akan Tinggal Sejarah
- Satu Lagi Masjid Bakal Dirobohkan
- Masjid Raja Bukit Besar Akhirnya Sembah Ke Bumi
- Old Mosque Bites the Dust II
- Lagi Mercu Sejarah Terengganu Akan Diruntuhkan
- Masjid Putih – Dibaiki Indah Dibiar Punah
- Earth-Trembling Barbarism
- Mabuk Kepayang
[…] tapak runtuhan masjid lama yang bersejarah di Chendering (klik) dan Bukit Besar (klik di sini atau di sini) yang masih belum siap selepas beberapa kali terbengkalai. Pintu ke ruang solat […]
[…] runtuhan masjid lama yang bersejarah di Chendering (klik) dan Bukit Besar (klik di sini atau di sini) yang masih belum siap selepas beberapa kali terbengkalai. {Pintu ke ruang solat […]
Tidak tahukah semua ini akan disoal olih tuhan diatas pebuatan kita kepada tempat yang suci lebih lebih lagi tempat ibadat. Wajid atas kamu!
dah siap da pun masjid tu… cantik.
memang dah siap, cantik…..selepas beberapa bulan, panas – beli kipas banyak, paip wuduk kene curi – ganti dengan paip plastik…..hok beloh belakang tadok paip dokdang nak ganti gamoknye tapi mmg panas time mayang jumaat kipas banyak do oh lalu. spekar power do oh lalu sampai pah cenering dengar tapi bile duk dlm masjid dok brp nok butir….cat hok belah dlm gelupah doh, lif dok siap lagi, dewan bawah doh berape nok siap gok.