Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia 19hb Januari 2010, nampaknya MB Dato Ahmad Said masih tidak faham-faham atau sengaja tidak mahu faham untuk maksud mencapai tujuan tertentu.
Utusan melaporkan berikut (komen dengan warna biru):
Kedai 100 tahun Jalan Bandar diroboh
![]() |
Deretan kedai lama dua tingkat di Jalan Bandar, Kuala Terengganu yang berusia 100 tahun mula dirobohkan, kelmarin.
|
KUALA TERENGGANU 18 Jan. – Kini semuanya hanya tinggal kenangan.
Begitulah nasib yang menimpa deretan kedai lama dua tingkat di Jalan Bandar di sini.
Kedai-kedai yang berusia lebih 100 tahun itu akhirnya hilang daripada pandangan apabila ia mula dirobohkan beberapa hari lalu. [sila baca komen Awang Goneng di sini: Earth-Trembling Barbarism]
Rumah kedai yang sinonim dengan kegiatan perniagaan satu masa dahulu itu diroboh bagi memberi laluan kepada pembangunan semula bangunan perniagaan dan pejabat yang lebih sempurna. [sila baca: Diganti Tanpa Nilai Budaya dan Sejarah]
Kesemua peniaga diarah mengosongkan bangunan tersebut oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) pada 13 Ogos lalu.[sila baca: ]
Difahamkan 35 kedai di bangunan dua tingkat itu dirobohkan walaupun mendapat bantahan ramai peniaga di kawasan tersebut.[sila baca: Bantahan Aman 13 Ogos 2009]
Dakwa mereka, bangunan tersebut seharusnya dipelihara memandangkan ia menyimpan nilai-nilai sejarah seiring pembangunan Kuala Terengganu. [sila baca: Say “NO” to the plan to demolish a heritage row in Kuala Terengganu]
Bagaimanapun, mereka terpaksa akur apabila bermula minggu lalu operasi meroboh bangunan tersebut mula dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan. [sila baca: GONE!]
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dalam kenyataan akhbar sebelum ini berkata, tindakan meroboh bangunan tersebut penting agar bangunan usang dan uzur tidak lagi mengisi pemandangan di Kuala Terengganu. [USANG? Baca ini: MB Kata Usang! – UZUR? – suruh MB lihat deretan kedai di Kg. China yang dikekalkan – jauh lebih uzur – baca ini: Mungkin Ini Yang MB Maksudkan Usang?]
Katanya, tidak timbul kerajaan negeri mengabaikan kepentingan peniaga asal di kedai tersebut dengan meroboh bangunan berkenaan.
“Kita telah memberi notis yang secukupnya kepada peniaga tersebut, maka tidak timbul soal kerajaan tidak realistik dalam arahan mengosongkan kawasan itu dalam masa yang telah ditetapkan,” katanya. [MB mudah lupa: Pindah 30 hari tidak realistik atau dia tidak reti baca surat ini: Rayuan Kepada Menteri Besar]
MB memang tidak faham dan keliru dengan bantahan – MB Tidak Berapa Faham Dengan Isu Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol
Apakah MB sekadar melaksanakan janji-janji yang telah diberikan mereka kepada pemilik projek untuk janji pemilik projek untuk mereka pula? Kenapa tergesa-gesa? Kenapa tidak mendapat pandangan orang ramai – kerana suara bantahan telah pun dihebah.
Keperluan memulihara warisan sejarah dan budaya negeri amat perlu. Bukannya semua tanah di bandaraya Kuala Terengganu telah dibangunkan – banyak lagi tanah yang terbiar – kenapa hendak dirobohkan bangunan bersejarah yang kukuh dan kekal tegap walaupun sudah 100 tahun. (Jauh bezanya dengan pelbagai bangunan baru yang runtuh satu demi satu!)
Di mana perginya Persatuan Sejarah?
Di mana pihak Muzium Negeri?
Apa jadi dengan Lembaga Tabung Warisan Amanah Terengganu – yang bukan menjaga warisan tetapi meruntuhkan bangunan warisan bersejarah.
Mana pergi slogan kerajaan “Terengganu – Where Nature Embraces Heritage” apakah sudah bertukar menjadi “Terengganu Government Embarrasses Nature and Heritage“ ??? Malu … amat memalukan.